Tarikh : 25 Jun 2016 (Sabtu)
Masa : 10:00 – 11:30 pagi
Tempat : Kolej Komuniti Selayang. Selangor
Tujuan : Melantik AJK Penaja bagi mengurus tadbir kesatuan sebelum AGM bagi mendapatkan kelulusan penubuhan daripada JHEKS
Proses penubuhan KPPTM telah bermula dengan diadakan Mesyuarat Penubuhan KPPTM pada 25 Jun 2016 (Sabtu) bertempat di Kolej Komuniti Selayang, Selangor. Pada mesyuarat ini, seramai tujuh (7) AJK Penaja telah dilantik bagi melaksanakan urusan pentadbiran KPPTM termasuk mendapatkan kelulusan penubuhan daripada JHEKS.
Alhamdulillah, pada 30 Ogos 2016 Kesatuan PPTM telah ditubuhkan dengan rasminya. AJK Penaja sediada telah berusaha mendapatkan keanggotaan KPPTM melalui penghantaran emel kepada PPTM. Logo KPPTM juga telah diujudkan.
Semoga penubuhan KPPTM selaras dengan objektifnya untuk menambahbaik skim perkhidmatan PPTM khususnya dan menaikkan martabat Skim Teknologi Maklumat amnya.