Sesi Libat Urus Pengurusan Tertinggi MAMPU Dan JPA Bersama Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (PPTM) Dan Juruteknik Komputer (JTK)

Tarikh : 1 Jun 2017 (Khamis)

Masa : 930 pagi – 1230 tengahari

Tempat : Dewan Kristal, KPKT

Sesi libat urus ini telah dihadiri oleh Dato’ KP MAMPU, TKP(ICT) MAMPU, TPP MAMPU, Wakil Bahagian Pembangunan Organisasi dan Bahagian Perkhidmatan JPA serta Pegawai-pegawai Kanan MAMPU. Kehadiran PPTM dan JTK menghampiri 600 peserta.

Majlis bermula jam 930 pagi dan berjalan lancar dengan sesi penerangan berhubung Pemusatan Pengurusan dan Pengoperasian ICT Sektor Awam dari segi perutusan dasar, perancangan dan pelaksanaan yang melibatkan sumber tenaga ICT di bawah Perkhidmatan Gunasama Persekutuan. Majlis berakhir hampir jam 1230 tengahari dengan sesi soal jawab.

Berikut adalah beberapa info penting daripada sesi ini:

1) Punca kuasa – Persetujuan Jemaah Menteri telah diperolehi pada 7 April 2017

2) Tujuan – Memantapkan peranan MAMPU sebagai agensi pusat dalam perancangan, pengurusan dan pengoperasian ICT Sektor Awam

3) Ketua Pengarah MAMPU akan dilantik sebagai Ketua Perkhidmatan ICT Sektor Awam

4) Urusan penempatan Skim F berpindah daripada JPA kepada MAMPU

5) Urusan pengambilan dan perlantikan masih kekal di SPA

6) Semua jawatan Skim F di Kementerian/Agensi akan dikaderkan di bawah MAMPU

7) Hanya melibatkan perjawatan gunasama di bawah Perkhidmatan Persekutuan – lantikan negeri dan closed service tidak terlibat.

8) Pengwujudan jawatan FA40 & FT28 pd 1 Julai 2017 bagi sesetengah kementerian/agensi mengikut Pekeliling Perkhidmatan 1/2016. Ini membuka peluang kenaikan pangkat kepada PPTM FA38 & JTK FT26 yang telah lama berkhidmat.

9) Dilaksanakan secara berfasa dan jangkamasa pelaksanaan adalah 3 tahun (2017-2020)

10) Jawatankuasa Khas Sumber Manusia untuk Skim F akan ditubuhkan.

11) Konsep pelaksanaan – mobilization, career progression, futuristic thinking, skill base, competency and capability development.

12) Pemusatan akan melibatkan mobilisasi tenaga ICT dan bergantung kepada tahap pelaksanaan projek. Sebagai contoh, pada fasa pembangunan – ramai tenaga ICT yang akan terlibat berbanding dengan fasa penyelenggaraan di mana tenaga ICT akan berkurangan dan akan dipindahkan ke projek lain atau dikembalikan ke pusat.

13) Pemusatan ICT tidak menjejaskan kekananan, malahan peluang kenaikan pangkat lebih cerah.

14) MAMPU akan membuat kajian workload analysis untuk semua perkhidmatan ICT di kementerian/agensi bagi mengoptimumkan penggunaan tenaga kerja ICT dan mengenalpasti bebanan kerja yang dilakukan oleh setiap warga ICT terutama yang single performer di sekolah/kolej.

15) Tiada lagi single performer ICT kerana personel ICT tersebut akan dikumpulkan di bawah satu kelompok zon/daerah (mengikut kajian yang akan dijalankan) dan akan diletakkan di bawah pengawasan bersama-sama personel ICT yang lain mengikut zon/daerah tersebut. Dengan ini akan terwujud jawatan ketua/kekananan di zon/daerah tersebut dan ruang kenaikan pangkat akan lebih terbuka.

16) Warga SKim F akan ditempatkan mengikut kepakaran/kemahiran masing-masing agar prestasi perkhidmatan ICT dapat ditingkatkan ke tahap cemerlang dan penggunaan sumber manusia ke tahap optimum tanpa sebarang pembaziran sumber.