Makmal Kajian Pemusatan Pengurusan Dan Pengoperasian ICT Sektor Awam

Tarikh : 14 – 16 Jun 2017

Masa : 8.00 pagi – 4.30 petang

Tempat : MAMPU Putrajaya

Kehadiran : 40 PPTM

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 7 April 2017 telah bersetuju dengan cadangan Pemusatan Pengurusan dan Pengoperasian ICT Sektor Awam di MAMPU.  Pemusatan ini akan mewujudkan landskap baharu bagi penyampaian perkhidmatan ICT yang mengoptimumkan sumber, sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan berpaksikan rakyat serta menyumbang ke arah pertumbuhan ekonomi digital negara.

Susulan daripada itu, MAMPU sedang menjalankan kajian untuk mengenal pasti amalan terbaik pelaksanaan Pemusatan Pengurusan dan Pengoperasian ICT Sektor Awam dan seterusnya mencadangkan hala tuju strategik Pelan Pemusatan Pengurusan dan Pengoperasian ICT Sektor Awam yang merangkumi:

  1. Struktur dan fungsi baharu MAMPU.
  2. Struktur dan fungsi baharu ICT agensi Sektor Awam.
  3. Workload Analysis untuk demand dan supply bagi tempoh jangka panjang (2018-2020)
  4. Keperluan persekitaran kerja era digital
  5. Perundangan, dasar, pekeliling dan garis panduan
  6. Pelan Pembangunan Keupayaan dan Kompetensi CIO Sektor Awam
  7. Pelan Pembangunan Keupayaan dan Kompetensi Personel ICT Sektor Awam
  8. Pelan Perancangan Kerjaya Personel ICT Sektor Awam
  9. Mekanisme dan struktur tadbir urus pengurusan, pengoperasian dan perolehan projek ICT Sektor Awam

Makmal 3 hari yang dianjurkan oleh MAMPU telah mengumpulkan banyak input-input penting hasil daripada kumpulan-kumpulan brainstorming yang dipecahkan mengikut gred jawatan daripada JUSA kepada JTK. Input-input ini akan diselaras oleh secretariat MAMPUdan akan dibawa ke makmal berikutnya bagi di perkemaskan dan ditambahbaik.Antara fokus utama dalam isu pemusatan adalah:

  1. Menjadikan MAMPU sebagai One Stop Digital Centre for Public Sector
  2. Penghapusan suasana kerja secara silo/single performer seperti di sekolah/politeknik/kolej dll
  3. Kajian ke atas kerja harian yang tidak menjurus kepada tugas-tugas ICT
  4. Menyatukan pertindihan sistem merentasi agensi seperti sistem claim, sistem latihan dll
  5. Menyatukan pertindihan info/maklumat personel merentasi agensi seperti JPN, JPJ, Imigresen dll
  6. Mewujudkan ICT Rescue Team secara berpusat/regional
  7. Mengurangkan kebergantungan tinggi kepada vendor dalam pembangunan projek-projek ICT
  8. Penggubalan laluan kerjaya yang lebih kompetitif
  9. Penggubalan kemajuan kerjaya yang lebih komprehensif
  10. Centralization for ICT budget and procurement of hardware/software/licence
  11. Cadangan untuk mengadakan flexible working hours/working from home dengan disediakan kemudahan ICT yang bersesuaian
  12. Mewujudkan PTM/PPTM/JTK unggul dalaman dan luaran serta unggul dalam memberi perkhidmatan ICT