Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) KPPTM

Tarikh : 15 Ogos 2017 (Selasa)

Masa : 2.00 – 5.00 ptg

Tempat : Wisma Sumber Asli, Putrajaya

  • Mesyuarat telah dimulakan lebih kurang pada jam 2:45 petang dengan kehadiran anggota berdaftar seramai 41 orang (menepati kuorum mesyuarat mengikut Peraturan 9(7)).
  • Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Presiden KPPTM dan dibantu dengan Majlis Jawatankuasa KPPTM.
  • Mesyuarat telah berjalan dengan lancar secara keseluruhan.
  • Agenda utama EGM KPPTM adalah:
  1. Penggabungan Kesatuan bersama CUEPACS
    • KEPUTUSAN MESYUARAT : Ahli Mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan cadangan penggabungan Kesatuan dengan CUEPACS bagi memberi impak yang lebih besar kepada perjuangan KPPTM.
  2. Cadangan Pindaan Peraturan 3 – Anggota Kesatuan
    • KEPUTUSAN MESYUARAT : Ahli mesyuarat bersetuju dengan pindaan Peraturan 3 di mana anggota berhak yang semasa berkhidmat di Semenanjung apabila dipindahkan/bertukar ke Sabah/Sarawak/WP Labuan akan dikira sebagai ahli bersekutu di mana beliau masih mempunyai hak yang sama seperti anggota kesatuan lain KECUALI tidak dibenarkan bertanding, membuang undi, memberi usul dan memegang mana-mana jawatan dalam kesatuan.
  3. Pembentangan Anggaran Belanjawan Tahunan Kesatuan oleh Bendahari
    • KEPUTUSAN MESYUARAT : Ahli mesyuarat memberi beberapa teguran penambahbaikan untuk manfaat anggota KPPTM.
  4. Perbincangan Usul:
    1. Pertukaran PPTM apabila telah lama berkhidmat di sesuatu Kementerian/Jabatan.
    2. Penggiliran PPTM di Jabatan/Agensi dari segi tugasan untuk menambah pengetahuan.
      • KEPUTUSAN MESYUARAT : Perbincangan usul berkaitan pertukaran tempat kerja dan penggiliran tugas akan dibawa ke pengetahuan MAMPU selaku Sumber Manusia ICT masakini.
    3. Calon Jawatankuasa di dalam CUEPACS setelah bergabung.
      • KEPUTUSAN MESYUARAT : Ahli mesyuarat bersetuju wakil CUEPACS akan diputuskan setelah urusan penggabungan selesai.
    4. Kursus dan Latihan berterusan serta usahasama dengan pusat-pusat latihan awam dan swasta.
      • KEPUTUSAN MESYUARAT : Mesyuarat menerima baik cadangan ini dan akan dikaji oleh biro yang dipertanggungjawabkan mengikut kemampuan kewangan yang ada.
  5. Di bawah agenda hal-hal lain, mesyuarat turut menerima beberapa pandangan dan cadangan:
    1) Pemotongan yuran kesatuan melalui Angkasa
    2) Menurunkan kuota kehadiran anggota ke mesyuarat agung
    3) Mewujudkn wakil Kementerian/Jabatan bagi membantu MJK
    4) Mengutamakan aktiviti roadshow/roadtour untuk menarik perhatian ahli baru serta menambah tabungan kesatuan
    5) Insentif member get member
    6) Wujudkan biro untuk mengurus keahlian
    7) Wujudkan biro seranta untuk hebahan
    8) Memasukkn KPPTM di dalam senarai persatuan dalam HRMIS
    9) Memberi elaun kepada Pegawai Kesatuan 
  6. Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 4:45 petang.