Makmal Validasi Analisis Jurang Kajian Pemusatan Pengurusan dan Pengoperasian ICT Sektor Awam

Tarikh : 29 Ogos 2017 (Selasa)
Masa : 830 pagi – 530 petang
Tempat : MAMPU Parcel B

Objektif makmal adalah untuk mengesahkan penemuan persekitaran semasa dan peluang bagi pemusatan pengurusan dan pengoperasian ICT Sektor Awam yang telah diadakan pada 14-16 Jun 2017.

Pembentangan dihadiri oleh dua wakil dari Kesatuan PPTM dan Kesatuan Juruteknik serta wakil dari PERJASA. Tajuk-tajuk pembentangan meliputi lima bidang fokus kajian iaitu:

1. Struktur, Fungsi ICT & Workload Analysis
2. Tadbir Urus, Dasar & Perundangan ICT
3. Mekanisme Perolehan ICT
4. Pengurusan Sumber Manusia
5. Persekitaran Kerja Era Digital