Tarikh : 20 & 21 November 2017
Masa : 8.30 pagi – 5.00 petang
Tempat : Bilik Latihan ICT, Aras 4
BHEUU, Presint 3, Putrajaya.
Kursus Asas Pembangunan Web anjuran KPPTM telah dihadiri seramai 21 PPTM yang terdiri daripada 9 ahli KPPTM dan 12 bukan ahli KPPTM. Kursus ini bertujuan bagi memberi pendedahan kepada PPTM khususnya kepada PPTM lantikan baru di Gred FA29 dalam pembangunan web open source.
Peserta telah didedahkan dengan instalasi XAMPP, PHPmyadmin, MariaDb, Netbeans, mySQLworkbench dan pengaturcaraan client-side seperti HTML5, Bootstrap, JQuery serta Framework PHP Codeigniter. Di akhir penyertaan kursus, peserta telah mempamirkan hasil pembangunan website masing-masing mengikut teknik dan ciri-ciri yang dipelajari.
SYABAS kepada semua peserta kerana telah berjaya menghasilkan website dari hasil mengikuti kursus. TAHNIAH dan TERIMA KASIH juga kepada Cikgu Borhan dari KPT dan pihak Urusetia KPPTM yang bertungkus-lumus menjayakan kursus pertama anjuran KPPTM. Kepada pihak BHEUU yang telah menyediakan bilik latihan secara percuma, juga TERIMA KASIH.