Majlis Bicara Mesra KSN4U Bersama Warga Kerja Perkhidmatan Teknologi Maklumat (Skim F) Sektor Awam

Tarikh: 19 Januari 2018 (Jumaat)

Masa: 9 pagi

Tempat: Auditorium Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya

Satu sesi perjumpaan khas YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara (KSN) bersama warga Skim Perkhidmatan Teknologi Maklumat Sektor Awam telah diadakan pada 19 Januari 2018 bertempat di Auditorium Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya. Perjumpaan ini merupakan yang julung kali di adakan, dan telah dihadiri oleh Ketua-ketua ICT di Kementerian, Jabatan dan SUK Negeri, serta Pengurusan Tertinggi MAMPU termasuk warga kerja PTM, PPTM dan JTK. Penglibatan persatuan dan kesatuan yang mewakili Skim F turut dijemput ke majlis ini.

Perjumpaan ini tertumpu kepada persoalan pengkorporatan dan pengswastaan MAMPU sebagai badan induk yang mengurus perkhidmatan teknologi maklumat. Selain daripada itu, persoalan berhubung status terkini pentadbiran MAMPU turut disuarakan. YBhg. Tan Sri KSN lebih menekankan kepada Pelan Pendigitalan Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan yang memerlukan penglibatan mantap dan sokongan padu dari warga kerja Skim F untuk merealisasi dan menjayakannya – “Merakyatkan Perkhidmatan Digital” – “Mengutamakan Digital, Berfokuskan Rakyat” .

Secara ringkas, Tan Sri KSN menekankan hal rebranding name, restructuring organization and reengineering work and processes of MAMPU ke arah Pelan Pendigitalan Negara serta menekankan Perkhidmatan Teknnologi Maklumat yang perlu berkonsepkan ICT Centric Citizen Focused.

Barisan Jawatankuasa KPPTM ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg Tan Sri KSN kerana sudi meluangkan masa untuk Majlis Bicara Mesra KSN4U bersama Warga Kerja Perkhidmatan Teknologi Maklumat. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada YBhg Tan Sri KPPA, Dato’ KP MAMPU (Ketua Perkhidmatan), TKP(ICT) MAMPU dan TKP(PT) MAMPU yang menjayakan majlis ini.

Semoga sesi sebegini dapat diteruskan dari semasa ke semasa dengan semangat yang sama.

“DARI PPTM UNTUK PPTM”