Tarikh : 22 Februari 2018
Tempat : MAMPU
Dalam usaha KPPTM untuk menjaga kebajikan dan perkhidmatan PPTM, satu perjumpaan telah diadakan bersama dengan Bahagian Pembangunan Strategik MAMPU pada 22 Februari 2018. Seramai 15 wakil PPTM telah hadir ke majlis tersebut.
Sebanyak tiga kertas cadangan telah dibentangkan yang berkait dengan laluan dan kemajuan kerjaya PPTM. Satu pembentangan komprehensif yang merujuk kepada hasil kajian dan maklumbalas pemusatan ICT telah disampaikan oleh Presiden KPPTM.
Perjumpaan tersebut telah berakhir dengan kesatuan membawa pulang seribu harapan daripada pembentangan yang diadakan. Kesatuan turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak MAMPU kerana sudi mendengar keseluruhan pembentangan dan sudi menerima kehadiran rombongan KPPTM.
Semoga ikatan kerjasama yang terjalin akan berterusan dengan sebaik-baiknya.
“DARI PPTM UNTUK PPTM”