Kursus Network Fundamentals & Troubleshooting – Tahap Asas Dan Pertengahan

Tarikh : 6 – 7 Mac 2018

Tempat : Bilik Latihan ICT, MOT, Presint 4, Putrajaya.

Kursus Network Fundamentals & Troubleshooting – Tahap Asas dan Pertengahan anjuran KPPTM telah dilaksanakan dengan jayanya pada 6 – 7 Mac 2018 bertempat di Bilik Latihan ICT, Kementerian Pengangkutan Malaysia, Presint 4, Putrajaya. 

Kursus ini telah dihadiri seramai 23 peserta di kalangan JTK, PPTM dan PTM. Tenaga Pengajar terdiri daripada Encik Mohd Suffian bin Amin dari MAMPU.

Penganjuran kursus ini bertujuan untuk:     

i)    Memberi kefahaman dan pengetahuan asas rangkaian komputer;    

ii)   Memberi kemahiran asas pengendalian rangkaian komputer yang merangkumi Network Operating System, Network Protocols, Ethernet dan IP Addressing;  

 iii)  Memberi kefahaman dan pengetahuan asas mengendali perkakasan rangkaian komputer seperti router dan switches; dan   

iv)  Memberi pengetahuan kepada kaedah dan teknik troubleshootingmasalah rangkaian.

Pihak kesatuan mengucapkan berbanyak terima kasih di atas penglibatan peserta dan semoga ilmu yang dipelajari dapat dimanfaatkan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan di tempat kerja.

“DARI PPTM UNTUK PPTM”