Bengkel Lanjutan Sara Hidup & Kajian Sistem Saraan Baru Penjawat Awam & Mesyuarat Khas Kongres CUEPACS Bil.3

Tarikh : 24 – 26 September 2018

Tempat : Pulau Pinang

Bengkel ini merupakan lanjutan daripada bengkel sama yang telah diadakan di Langkawi pada 5-7 Ogos 2018. Bengkel lanjutan ini telah didakan di Pulau Pinang pada 24-26 September 2018.

Semua ahli bengkel telah memperhalusi kertas kerja kajian sistem saraan baru penjawat awam dengan mengambil kira keadaan ekonomi semasa dan pentadbiran Kerajaan Baharu. 

Wakil KPPTM ada mengusulkan bekerja di mana sahaja untuk PPTM kerana tugasan PPTM seperti programming hanya memerlukan talian internet dan kemudahan komputer tanpa berinteraksi dengan pekerja lain.

Walaubagaimanapun, peraturan-peraturan asas sebagai penjawat awam masih perlu dipatuhi seperti tempoh jam bekerja dan output berkala. Usul ini telah disambut baik oleh ahli yang hadir.

Di samping bengkel, Mesyuarat Khas Kongres turut diadakan bagi mengusulkan pengganti beberapa jawatan utama disebabkan persaraan.

Di samping bengkel, Mesyuarat Khas Kongres turut diadakan bagi mengusulkan pengganti beberapa jawatan utama disebabkan persaraan.