Seminar Perancangan Persaraan Penjawat Awam

Tarikh :  19 Oktober 2018 (Jumaat)

Masa : 9.00 pagi – 12.30 tengahari

Tempat :  Perbadanan Putrajaya

Satu seminar separuh hari telah diadakan kepada bakal-bakal pesara yang telah dianjurkan oleh pihak Universiti Malaya bersama CUEPACS. Penyertaan seminar terbuka kepada semua Penjawat Awam dari Kumpulan Pelaksana yang berumur 45 hingga 60 tahun serta berkhidmat di Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Objektif seminar adalah untuk mengenalpasti perancangan yang dibuat oleh penjawat awam dalam menghadapi umur persaraan, menganalisis tahap kedudukan kewangan selepas persaraan dan mengemukakan isu-isu saraan kehidupan selepas persaraan.

Penyertaan seminar amat menggalakkan.