Mesyuarat Gred Teknologi Maklumat Majlis Bersama Kebangsaan Sains Dan Teknologi 2018

Tarikh : 22 Oktober 2018

Masa :  2.30 – 5.00 ptg

Tempat : Wisma CUEPACS, Kuala Lumpur.

Mesyuarat ini telah diadakan pada 22 Oktober 2018 bertempat di Wisma CUEPACS. Ini merupakan mesyuarat pertama dalam MBK yang dihadiri oleh wakil KPPTM. Mesyuarat membincangkan kertas kerja yang dibawa oleh pihak MARA berkaitan dengan permohonan mengkaji semula gaji PPTM.

Wakil KPPTM memohon semua penambahbaikan berkaitan Skim PPTM dipanjangkan kepada semua PPTM Persekutuan dan Negeri jua. Wakil PPTM telah membawa Suara PPTM yang merangkumi hal-hal penambahbaikan perkhidmatan seperti Skim Bersepadu, Laluan Kerjaya, Penambahan Perjawatan dan mengkaji semula tempoh TBK.

“DARI PPTM UNTUK PPTM”