Perjumpaan YBhg Dato’ Dr KP Mampu Bersama PERJASA, KPPTM & CTSU

Sesi Perjumpaan bersama Ketua Perkhidmatan Teknologi Maklumat telah diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 28 Jan 2019 (Isnin)

Masa: 2.30 petang

Lokasi: Bilik Mesyuarat Seri Gemilang, Aras 6, Blok B2, MAMPU Putrajaya

Sesi perjumpaan ini dihadiri oleh wakil-wakil daripada PERJASA, KPPTM dan CTSU membawa hasrat permohonan Agensi Digital Sektor Awam (PSDA) dan Ketua Perkhidmatan daripada Skim F.

Perjumpaan mengambil masa kira-kira 2 jam setengah yang turut disertai oleh YBhg Dr Suhazimah Dzazali (TKP), YBhg Dato’ Azlan Johar (Pengarah BKP), YBhg Dr Mohd Zabri Yusoff (Pengarah Bhg Penyelidikan Pengurusan), Pn Susie Dorai Raj (Pengarah Bhg Perundingan ICT), En Ahmad bin Daud (Pengarah Bhg Strategi & Arkitektur) dan Pentadbiran MAMPU.

KPPTM telah membangkitkan hal-hal berkaitan perkhidmatan semasa PPTM antaranya Pelaksanaan PP.1/2016, kedudukan perjawatan PPTM FA29 KUP, Laluan dan Kemajuan Kerjaya PPTM, Kajian Semula Perjawatan PPTM, Time Based Kecemerlangan (TBK), peluang kepada PPTM berkelayakan Degree/Master/PhD, Penempatan PPTM mengikut kemahiran – konsep “Job Matching Allocation” – “Putting Right Personnel @ Right Place”, Kajian Keberkesanan Sistem Pengurusan Kerjaya (SPKICT), Program ICT Awareness & Readiness (ICTARP) untuk PPTM lantikan baharu dan mengesyorkan Skim F sebagai Skim Perkhidmatan Bersepadu.

Bagi pihak YBhg Dato’ Dr KP, semua cadangan diambil maklum dan akan diteliti dengan terperinci. Selain daripada itu, YBhg Dato’ Dr KP turut menjelaskan bahawa keputusan melibatkan beberapa perkara kritikal akan dibuat secara quick win selain daripada beberapa isu yang memerlukan penilitian lanjut untuk kajian dengan lebih komprehensif. 

Disamping itu, beliau turut bersetuju perjumpaan secara berkala diadakan bagi memastikan segala isu dapat ditangani dengan sebaiknya. Rakan-rakan F juga diharapkan agar dapat terus melengkapkan pengisian SPKICT bagi membantu proses perancangan kerjaya bagi memastikan bidang tugas seiring dengan kemahiran dan kepakaran masing-masing.