Tarikh : 22-24 Februari 2019 (Jumaat – Ahad)
Tempat : Hotel Maluri, Cheras, Kuala Lumpur.
Kehadiran terdiri daripada Presiden KPPTM beserta wakil-wakil Skim F dari IPTA dan Badan-badan Berkanun. Pengisian bengkel tertumpu kepada perbincangan kumpulan mengikut Skim Perkhidmatan, pemurnian kertas kerja terdahulu dan penyediaan kertas kerja baharu. Bengkel diakhiri dengan pembentangan kertas kerja kepada Ahli Panel daripada CUEPACS.
Bagi Perkhidmatan Skim F, perkara-perkara berikut telah dibentangkan:
- Menjadikan Skim F sebagai Skim Perkhidmatan Bersepadu
- Mencadangkan diwujudkan TBK3 dan memohon pemendekkan tempoh bagi TBK1 dan TBK2
- Kajian Semula dan Penambahbaikan Skim Perkhidmatan PPTM
- Memberi peluang kenaikan pangkat ke Perkhidmatan P&P kepada PPTM berpengalaman dan mempunyai Degree/Master/PhD
- Mewujudkan kembali Program Awareness & Readiness bagi PPTM Lantikan Baharu