Tarikh : 30 April – 2 Mei 2019
Tempat : Ipoh Perak.
Sambutan Hari Pekerja CUEPACS 2019 telah diadakan di Ipoh Perak mulai 30 April sehingga 2 Mei 2019. Banyak acara telah diatur iaitu Pertandingan Boling, Pertandingan Karom dan Seminar Hari Pekerja 2019. Majlis Makan Malam di kediaman rasmi MB Perak turut diadakan pada malam 1 Mei 2019.
Kehadiran daripada CUEPACS Negeri dan Gabungan Kesatuan CUEPACS amat menggalakkan. Kesatuan PPTM turut menghantar penyertaan bagi acara boling, seminar dan sambutan Hari Pekerja sendiri yang disambut pada 2 Mei 2019.