Tarikh : 23 Oktober 2019 (Rabu)
Tempat : Hotel Premiera, Kuala Lumpur
Majlis makan malam sempena ulangtahun ke 62 CUEPACS dan meraikan persaraan Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Mantan Ketua Setiausaha Negara. Majlis ini di adakan pada 23 Oktober 2019 (Rabu), bertempat di Hotel Premiera, Kuala Lumpur.
Majlis santai ini turut diselitkan dengan Pelancaran Buku Biografi Perjuangan CUEPACS, disamping Penyampaian Penganugerahan Bintang dan Pingat CUEPACS bagi tahun 2019.
Buku Biografi Inspirasi Cuepacs dilancarkan hari ini sempena penubuhan kesatuan itu yang ke 62 tahun.Majlis pelancaran buku biografi tersebut disempurnakan oleh Mantan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa sambil disaksikan Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda. Azih berkata, buku biografi yang disasarkan kepada generasi akan datang itu diterbitkan bertujuan untuk menggambarkan perjuangan Cuepacs sejak awal penubuhannya pada 1957.
”Intipati buku ini adalah, dulu gaji kita sangat rendah iaitu RM185, tetapi pada ketika itu harga barang sangat rendah dan kita boleh berbelanja.
“Sekarang ini gaji minimum RM1,200 dan harga barang sangat tinggi. Kita tak mampu nak berbelanja.
“Buku itu sebagai gambaran perjuangan dan kehidupan kami sebagai kakitangan kerajaan. Kita juga hendak memberitahu generasi akan datang bahawa perjuangan ini bukan sesuatu yang mudah.“
Jadi, kita tengok perjuangan kita adalah untuk hidup (survival), bukan untuk nak senang. Perjuangan kami adalah untuk membeli rumah, menampung pendidikan anak-anak dan juga untuk diri sendiri,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Makan Malam Sempena Ulang Tahun Ke-62 Cuepacs dan meraikan persaraan Tan Sri Dr Ali Hamsa.