Konvensyen Kongres Tritahunan CUEPACS Ke 28 (Sesi 2019-2022)

Tarikh : 17-19 DIsember 2019

Tempat : Shah Alam Convention Centre, Shah Alam
 

Majlis Perasmian telah diadakan pada sebelah petang yang dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Ismail Bakar, Ketua Setiausaha Negara (KSN). Dalam ucapan perasmian oleh beliau, YBhg. Tan Sri KSN telah menyatakan bahawa masyarakat sepatutnya tidak sangsi dengan penjawat awam yang sedang berkhidmat kerana mereka menjalankan amanah yang diberikan tanpa mengira siapa pun parti yang memerintah kerajaan ketika ini dan tiada penjawat awam yang mengamalkan daulah terpendam atau Deep State. Beliau menyatakan lagi dari seseorang  itu bangun dari tidur sehingga seseorang itu kembali tidur serta semasa mereka tidur, ia tidak lari daripada penugasan sebagai penjawat awam.

Konvensyen turut menyaksikan pencalonan muka-muka baru bagi merebut jawatan-jawatan utama dalam Struktur Organisasi CUEPACS. Kerusi Setiausaha Agung dan Setiausaha Kewangan CUEPACS bagi Sesi 2019-2022 telah dimenangi tanpa bertanding oleh Encik Abdul Rahman bin Mohd Nordin dan Haji Roslan bin Nordin. Mantan Setiausaha Agung CUEPACS iaitu Tuan Haji Adnan bin Mat telah memenangi kerusi Presiden CUEPACS Sesi 2019-2022.

Konvensyen turut menyaksikan beberapa jawatan lain yang dipertandingkan telah menang tanpa bertanding antaranya Naib Presiden Gred U dan F. Jawatan Penolong Setiausaha Gred juga menyaksikan penampilan banyak muka-muka baru.

TAHNIAH diucapkan kepada semua pemenang pemilihan dan semoga CUEPACS terus Bangkit Berjuang demi kebajikan Penjawat Awam.