Mesyuarat Majlis Kongres CUEPACS Bil. 6 (Sesi 2016-2019)

Tarikh : 11 Disember 2019

Tempat : Wisma CUEPACS, Kuala Lumpur

Mesyuarat Majlis Kongres CUEPACS Bil. 6 (Sesi 2016-2019) telah diadakan di Dewan Pekerja, Tingkat 3, Wisma CUEPACS, Kuala Lumpur. Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg Datuk Hj. Azih bin Muda, Presiden CUEPACS. 

Kehadiran terdiri daripada 9 Pegawai Tertinggi CUEPACS, Ahli Majlis Kongres dan Jawatankuasa Tertinggi CUEPACS. 

Mesyuarat bermula jam 3.00 petang dengan tumpuan perbincangan diberi kepada urus tadbir program Konvensyen Tri Tahunan CUEPACS yang dijadualkan pada 17-19 Disember 2019.

Mesyuarat ini juga memperkenalkan calon-calon yang bakal bertanding dalam Konvensyen Tri Tahunan.Mesyuarat tamat dalam jam 6 petang.