Tarikh: 25 – 27 Februari 2020
Lokasi: MOF Putrajaya
KPPTM telah mengadakan Kursus Pengaturcaraan Laravel 6 pada 25 – 27 Februari 2020 bertempat di MOF Putrajaya. Kursus telah dihadiri oleh seramai 20 PPTM dari pelbagai agensi Kerajaan.
Antara tujuan kursus ini diadakan adalah untuk mendedahkan peserta kepada asas penggunaan Framework PHP (Laravel), membina programming skills di kalangan PPTM, memberi peluang kepada peserta untuk berkongsi pengalaman dalam bidang pengaturcaraan dan menggalakkan sesi percambahan idea dalam bidang Teknologi Maklumat dikalangan PPTM bagi membantu pelaksanaan tugas harian.

Silibus kursus merangkumi:
– Pengenalan kepada PHP Laravel
– Instalasi Laravel
– Struktur Laravel
– Artisan Command
– Routing, Views, Controllers
– Pangkalan Data & Model
– Form & Data Validation
– Modul lengkap CRUD
– Tips mengenai Laravel
– Packages berguna dalam Laravel