Mesyuarat Penyelarasan Perhubungan Persatuan Dan Kesatuan Dalam Perkhidmatan Sistem Maklumat Sektor Awam Bilangan 1 Tahun 2020

Tarikh: 10 Mac 2020 

Lokasi: MAMPU Cyberjaya

Mesyuarat Penyelarasan Perhubungan Persatuan dan Kesatuan Dalam Perkhidmatan Sistem Maklumat Sektor Awam Bilangan 1 Tahun 2020 telah diadakan pada 10 Mac 2020 bertempat di MAMPU, Cyberjaya dan dihadiri oleh wakil Persatuan Juruanalisa Sistem Sektor Awam (PERJASA), Kesatuan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (KPPTM), Computer Technician Scheme Union (CTSU) dan Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP, MAMPU).

Mesyuarat dipengerusi oleh Bahagian Pembangunan Strategik dan Arkitektur ICT, MAMPU. Mesyuarat ini merupakan platform bagi perkongsian dan penyaluran maklumat berkenaan perancangan bagi pembangunan sumber manusia, kompetensi serta aktiviti-aktiviti persatuan/kesatuan yang menyokong ke arah peningkatan perkhidmatan Sistem Maklumat.