Seminar Memacu Kecemerlangan Profession PPTM Kelantan

Tarikh: 22 Mac 2020 (Ahad)

Lokasi: IPG Kampus Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Kelantan

Seminar Memacu Kecemerlangan Profession PPTM merupakan satu program yang diadakan khusus untuk PPTM Perkhidmatan Awam yang terlibat secara langsung dalam sektor Teknologi Maklumat di Negeri Kelantan. Ia merupakan program yang julung kali diadakan di negeri ini dan melibatkan hampir 100 peserta. Sesi dan pengisian bagi program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan maklumat yang melibatkan tadbir urus peningkatan kerjaya dalam skim PPTM.

Objektif Program:

  1. Memahami dan menguasai fungsi Pegawai ICT dalam Sektor Awam.
  2. Mewujudkan suasana sentiasa mencari ilmu bagi meningkatkan pengetahuan dalam bidang tugas ICT.
  3. Menghapuskan jurang antara pegawai pelbagai gred agar dapat mewujudkan persefahaman dan perasaan saling memerlukan antara satu sama lain dalam pelaksanaan tugas sebagai Penjawat Awam.
  4. Memberi ruang dan peluang kepada pegawai untuk menjalin hubungan erat antara kakitangan ICT di negeri Kelantan dan Terenggganu dalam mewujudkan kerjasama dua hala yang lebih efisyen.

Antara jemputan dan tajuk yang disampaikan adalah:

a. Pegawai dari Bahagian Strategik MAMPU – Pembangunan Kerjaya PPTM dan Halatuju Skim F

b. Pegawai dari Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Malaysia – Pemusatan Perjawatan Teknikal ICT

c. Penolong Pendaftar MBOT – Ke Arah Pengiktirafan Profesion PPTM

d. Pengerusi CUEPACS Kelantan – Kebersamaan Memacu Kecemerlangan