Mesyuarat Gred Sistem Maklumat CUEPACS Bil. 1 [ Sesi 2019- 2022 ]

Tarikh: 22 Julai 2020

Lokasi: Wisma Cuepacs, Kuala Lumpur

Mesyuarat telah diadakan pada 22 Julai 2020 bertempat di Wisma CUEPACS. Kehadiran terdiri daripada wakil-wakil Gred F semua Kesatuan Gabungan CUEPACS.  Mesyuarat JK Gred Sistem Maklumat merupakan yang julung kali diadakan setelah Gred Sistem Maklumat dipisahkan dari Gred Kewangan dan Gred Pentadbiran.

Wakil-wakil yang hadir adalah menjadi telinga, mata dan mulut kepada rakan-rakan ICT diluar sana kerana telah diberi tanggungjawab sebagai Barisan Hadapan dalam menjaga dan menyuarakan kebajikan dan perkhidmatan Gred F Penjawat Awam Malaysia.

Mesyuarat menekankan proses pemurnian kertas kerja serta membincangkan halatuju dan aktiviti bagi Sesi 2019-2022. Satu sesi kunjungan hormat akan diadakan kepada Ketua Pengarah MAMPU dan TKP(ICT) MAMPU dengan membawa cadangan-cadangan yang telah diutarakan semasa mesyuarat.