Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Dan Kongres CUEPACS (Sesi 2019-2022)

Tarikh : 25 – 26 Julai 2020

Tempat :  Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur 

Mesyuarat JKT telah diadakan pada 25 Julai 2020 membincangkan hal-hal daripada minit terdahulu termasuk tuntutan-tuntutan yang telah diumumkan pada 4 April 2018 oleh pentadbiran Kerajaan lalu tetapi belum diambil tindakan oleh Kerajaan semasa iaitu:

  1. Kenaikan gaji bersamaan satu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) secara khas kepada semua penjawat awam berkuat kuasa 1 Julai 2018.
  2. Pemendekan tempoh kenaikan pangkat ‘time-based’ kali kedua daripada 13 kepada 10 tahun, berkuat kuasa 1 Januari 2018.
  3. Penebusan awal Gantian Cuti Rehat (DCR) sebanyak 75 hari membabitkan ganjaran wang tunai untuk penjawat awam sudah berkhidmat lebih 15 tahun.

CUEPACS turut :

  1. memohon pertimbangan kerajaan supaya menambah elaun kos sara hidup (COLA) sebanyak RM50 untuk penjawat awam di Sabah dan Sarawak seperti yang dinikmati kakitangan awam di Semenanjung.
  2. meminta kerajaan negeri mengambil langkah seiring Kerajaan Persekutuan dalam pemberian bantuan khas kewangan bagi perayaan serta COVID-19 sebanyak RM500 kerana ada kerajaan negeri yang tidak mengumumkannya sebelum ini.
  3. berharap bekas kakitangan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Seranta FELDA dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang ditamatkan jawatan dalam agensi terbabit, dikembalikan ke jawatan asal mereka.

Di akhir mesyuarat, Presiden CUEPACS bersama Ketua Perangkawan Malaysia telah mempromosi Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia (eCensus). 

Sumber : Media CUEPACS.