Bengkel Semakan dan Pemurnian Sistem Saraan Baharu Penjawat Awam

  • Tarikh : 09/04/2021 – 11/04/2021
  • Lokasi :  Tamu Hotel & Suites, Kampung Baru, Kuala Lumpur

Bengkel telah dihadiri oleh Jawatankuasa Tertinggi CUEPACS dgn menjemput penceramah yang penuh berpengalaman sebagai input bengkel. Antara penceramah yang terlibat adalah:

1.  “Taklimat Mengenai Ekonomi Malaysia” oleh Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali, Pakar Kewangan & Ekonomi UKM.

2.  “Kos Sara Hidup (Pendapatan dan Perbelanjaan”, oleh Ybrs. Dr. Mohd Fairuz bin A. Razak, Majlis Kerja Tertinggi Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA)

3.  “Kos Sara Hidup Semasa Terutama Kepada Penjawat Awam” oleh Ybhg. Dato’ Dr. Madeline Berma, Pensyarah UKM dan SUHAKAM.

Peserta telah dipecahkan mengikut kumpulan bagi membincangkan perkara berkaitan sistem saraan baharu Penjawat Awam. Kajian semula SSM ini perlu dilakukan dengan kadar segera memandangkan skim terbabit digubal berdasarkan keadaan ekonomi dan sara hidup sekitar tahun 2002 dan kini ia boleh dianggap tidak lagi relevan dengan persekitaran ekonomi semasa.

“DARI PPTM UNTUK PPTM”