ICT Awareness And Readiness Programme (ICTARP) Siri 2/2021

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dengan kerjasama Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN),  Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) dan KPPTM telah melaksanakan ICT Awareness and Readiness Programme (ICTARP) yang mensasarkan penyertaan daripada Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (PPTM) Khas Untuk Penyandang (KUP) Gred FA29.

Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan peserta kepada pelbagai bidang ICT mengikut roadmap latihan kemahiran ICT yang bersesuaian. Selain itu, program ini juga untuk memupuk pembangunan diri menerusi pembelajaran berterusan dalam memastikan kualiti kerja PPTM sentiasa berada di tahap terbaik dan boleh bertindak bersesuaian dalam pelbagai situasi kerja.

Program empat hari siri ke 2 telah diadakan pada ketetapan seperti berikut dengan kehadiran seramai 70 peserta:

Tarikh : 24, 25 dan 27 Mei 2021 (Isnin, Selasa dan Khamis)
Masa : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Tempat : Secara dalam talian melalui aplikasi telesidang Zoom.

“DARI PPTM UNTUK PPTM”