KPPTM telah menghantar wakil ke Mesyuarat Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Malaysia Bersama Kesatuan Perkhidmatan Bukan Guru Bilangan 1 Tahun 2021 yang telah diadakan pada 27 Mei 2021 jam 2.30 petang. Mesyuarat diadakan secara atas talian.
KPPTM telah membawa isu-isu penempatan KUP, perjawatan PPTM serta latihan upskilling dan reskilling PPTM KPM. Mesyuarat ini merupakan yang kedua dihadiri KPPTM. KPM hanya membenarkan wakil yang berkhidmat di KPM untuk menghadiri mesyuarat ini.