Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) melalui Bahagian Pembangunan Strategik dan Arkitektur ICT (BSA) sedang membangunkan Pelan Pembangunan Kompetensi dan Kerjaya (CCDP) Skim F 2021-2025. CCDP merupakan dokumen penting bagi pelaksanaan pembangunan kompetensi dan kerjaya Pegawai Skim F sepanjang perkhidmatan. Pembangunan CCDP perlu memenuhi prosedur pembangunan kamus kompetensi fungsian perkhidmatan awam yang telah diseragamkan melalui panduan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Bagi tujuan memenuhi keperluan pembangunan CCDP yang diperlukan, satu bengkel untuk memurni dan menambahbaik huraian kerja (job description) bagi Perkhidmatan Skim F telah diadakan pada 14 dan 15 Jun 2021 secara atas talian. KPPTM telah diwakili oleh seramai tujuh (7) AJK bagi memikirkan skop bidang dan tugasan PPTM semua peringkat pelbagai bidang mengikut trek. Di samping KPPTM, wakil PERJASA dan CTSU juga turut dijemput.
Bengkel telah berjalan dengan lancar dan di akhir sesi satu pembentangan hasil perbincangan telah diadakan.
“DARI PPTM UNTUK PPTM”