MESYUARAT AGUNG DUA TAHUNAN KPPTM KALI KE-3 SESI 2021/2023

Mesyuarat Agung Dua Tahunan KPPTM Kali Ke-3 Bagi Sesi 2021/2023 telah diadakan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh:10 Disember 2021 (Jumaat)
Masa:9.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat:Dewan Damar Sari 1 & 2, Blok F8, Parcel F, Putrajaya. 
Pakaian:Baju Korporat KPPTM

Kaedah mesyuarat adalah secara bersemuka dengan mematuhi garispanduan MKN dan KKM. Mesyuarat Agung kali ini menyaksikan pemilihan baru Majlis Jawatankuasa Kerja (MJK) bagi Sesi 2021-2023 secara undi rahsia. Semoga Barisan MJK yang dilantik terdiri daripada mereka yang berjuang untuk kebajikan anggota dan menambahbaik perkhidmatan Skim PPTM.

Mesyuarat Agung Dua Tahunan KPPTM Kali Ke-3 Bagi Sesi 2021/2023 telah berjalan dengan lancar dalam suasana harmoni setiakawan. TAHNIAH kepada Barisan MJK Baru bagi Sesi 2021/2023. Tanggungjawab digalas dengan penuh semangat perjuangan “DARI PPTM UNTUk PPTM”