LAWATAN TAPAK KE INSTITUT LATIHAN PERUMAHAN KERAJAAN TEMPATAN (I-KPKT)

Bukit Tinggi, Pahang – 26 Julai 2023, MJK KPPTM bersama Wakil Bahagian Pembangunan Strategik dan Arkitektur ICT (BSA) MAMPU telah mengadakan satu lawatan tapak ke Institut Latihan Perumahan Kerajaan Tempatan (I-KPKT).

Lawatan ini bertujuan untuk melihat sendiri fasiliti-fasiliti yang telah disediakan oleh pihak I-KPKT bagi penganjuran Kursus ICT Upskilling Programme (ICTUPSKILL) siri 1/2023 yang akan berlangsung pada 01 Ogos 2023 hingga 04 Ogos 2023 nanti.

Puan Hasmawati binti Mat Yusoff dari Unit Domestik (I-KPKT)bertindak selaku urusetia program lawatan tapak kali ini. MJK KPPTM diwakili oleh Presiden En. Nik Yusmadi bin Nik Yusoff dan Naib Presiden En. Che Afzainizam bin Abdul Rosol, manakala Pihak BSA, MAMPU diwakili oleh YBrs. Ts. Abdul Latiff bin Ahmad Zainuri.

Diharapkan dengan penganjuran kursus ICTUPSKILL ini dapat memperkukuh dan mengeratkan kerjasama di antara pihak Bahagian Pembangunan Strategik dan Arkitektur ICT (BSA) MAMPU dengan pihak KPPTM.

Seterusnya dapat memberi manfaat kepada anggota KPPTM khasnya, serta seluruh PPTM di Malaysia

“Bersama KPPTM Memantapkan Perjuangan Dari PPTM Untuk PPTM”

.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *