Putrajaya – 02 Ogos 2023, Kepimpinan KPPTM telah dijemput untuk hadir ke sesi perbincangan susulan berkenaan Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam bersama dengan TKP ICT MAMPU YBrs. Dr. Fazidah binti Abu Bakar bertindak sebagai Pengerusi pada majlis tersebut.
Pertemuan ini juga dihadiri oleh wakil-wakil daripada PERJASA dan CTSU serta wakil-wakil daripada pegawai-pegawai kanan MAMPU bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan dengan Skim Perkhidmatan Sistem Maklumat.
Pada pertemuan ini MJK sesi 2023-2025 telah diwakili oleh Presiden KPPTM, Naib Presiden KPPTM, Setiausaha KPPTM, Exco Kolaborasi dan Exco Kompetensi.
“𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐊𝐏𝐏𝐓𝐌 𝐌𝐞𝐦𝐚𝐧𝐭𝐚𝐩𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐣𝐮𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐫𝐢 𝐏𝐏𝐓𝐌 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐏𝐏𝐓𝐌”