MAMPU, PUTRAJAYA – Kunjungan hormat oleh MJK KPPTM kepada Ketua Pengarah MAMPU, Datuk Haji Rodzi bin Md Saad telah berlangsung dengan jayanya pada 14 Ogos 2023 yang lalu.
Pada pertemuan ini turut dihadiri oleh TKP ICT MAMPU Dr. Fazidah binti Abu Bakar.
Pihak MJK KPPTM telah membentangkan beberapa isu berkaitan dengan KPPTM seperti :-
1. Isu perjawatan PPTM
2. Isu pemusatan KPM
3. Isu latihan dan bidang kepakaran PPTM
Hasil perbincangan tersebut mendapat maklum balas yang positif dari KP MAMPU. Terdapat beberapa isu yang telah diambil maklum oleh KP MAMPU untuk dibawa kepada pengetahuan dan tindakan pihak yang berkenaan.
Kunjungan hormat ini juga dapat membentuk kerjasama yang lebih erat antara pihak KPPTM dan pihak MAMPU serta menambahbaik kolaborasi yang telah sedia terjalin demi kebaikan bersama,
“BERSAMA KPPTM MEMANTAPKAN PERJUANGAN DARI PPTM UNTUK PPTM”



