BENGKEL PEMBANGUNAN SILIBUS DAN KANDUNGAN KURSUS UNTUK PPTM DAN JTK SEKTOR AWAM

PUTRAJAYA – Pada 25 hingga 26 Oktober 2023 telah diadakan Bengkel Pembangunan Silibus dan Kandungan Kursus untuk Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (PPTM) dan Juruteknik Komputer (JTK) sektor awam bertempat di MAMPU, Putrajaya. Peserta bengkel terdiri daripada pegawai-pegawai daripada Bahagian Pembangunan Strategik dan Arkitektur ICT (BSA), MAMPU serta wakil-wakil daripada Kesatuan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Dalam Perkhidmatan Awam Semenanjung Malaysia (KPPTM) dan Kesatuan Perkhidmatan Juruteknik Komputer (CTSU). Bengkel ini bertujuan untuk menyediakan garis panduan berkaitan dengan kursus yang akan dilaksanakan oleh pihak MAMPU pada tahun 2024. Perasmian penutup bengkel ini disempurnakan oleh Dr. Nor’ashikin binti Ujang, Pengarah Bahagian Pembangunan Strategik dan Arkitektur ICT (BSA), MAMPU.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *