MAMPU, CYBERJAYA – Telah berlangsung Kursus ICT Upskilling Programme (ICTUPSKILL) siri 2/2023 melibatkan 24 orang peserta dan 2 tenaga pengajar. Kursus ini telah dijalankan pada 10 hingga 12 Oktober 2023 bertempat di Bilik Latihan OSDEC, MAMPU, Cyberjaya. Peserta kursus terdiri daripada peserta yang telah menghadiri Kursus ICTUPSKILL siri 1 dan peserta yang menghadiri Kursus anjuran MAMPU sebelumnya. Kursus ini anjuran Bahagian Pembangunan Strategik dan Arkitektur ICT (BSA), MAMPU dengan kerjasama Kesatuan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Dalam Perkhidmatan Awam Semenanjung Malaysia (KPPTM). Kursus ini mendapat maklumbalas yang positif daripada peserta, urusetia dan tenaga pengajar. Diharapkan penganjuran Kursus ICTUPSKILL ini diadakan setiap tahun.