PERSIDANGAN MEJA BULAT GRED SISTEM MAKLUMAT

Ancasa Residences, Port Dickson – Pada 10 hingga 12 November 2023 telah berlangsung satu ” Persidangan Meja Bulat Gred Sistem Maklumat ” bersama dengan CUEPACS. Persidangan ini bertujuan mengumpulkan semua wakil-wakil dari kesatuan Gred Sistem Maklumat yang berada di peringkat kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, badan-badan berkanun dan lain-lain jabatan.

Persidangan ini dihadiri seramai 50 orang perwakilan daripada Kesatuan Gabungan CUEPACS yang mewakili “Gred Sistem Maklumat” antaranya Kerajaan Persekutuan, PBT, Universiti Awam, MARA, RISDA, POLIS dan Badan-badab Berkanun. Persidangan ini juga bertujuan untuk menghasilkan ” Resolusi Gred Sistem Maklumat ” bertepatan dengan Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam yang baru.

KPPTM diwakili oleh Majlis Jawatankuasa Kerja (MJK) terdiri daripada En. Nik Yusmadi bin Nik Yusoff (Presiden), En. Che Afzainizam bin Abdul Rosol (Naib Presiden), Pn. Maria binti Abd Halim (Setiausaha) dan Pn. Nor Izwani binti Damanhuri (PSU). Buku ” Resolusi Gred Sistem Maklumat ” ini akan diserahkan kepada Ketua Perkhidmatan Sistem Maklumat iaitu Datuk Haji Rodzi bin Md Saad, Ketua Pengarah MAMPU dan salinan daripada persidangan ini akan diserahkan kepada semua agensi-gensi yang berkaitan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *