BENGKEL LALUAN KERJAYA KPPTM BERSAMA KPA UPSI

Tanjung Malim, Perak – pada 29 Februari 2024 yang lalu telah berlangsung “Bengkel Laluan Kerjaya KPPTM bersama Kesatuan Pegawai Am (KPA), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bertempat di Bilik Mesyuarat Governan, Bangunan Canselori UPSI. Bengkel ini bertujuan untuk menjalinkan Kerjasama dan Kolaborasi berkaitan dengan bidang Kepakaran ICT khususnya melibatkan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (PPTM) Kerajaan Persekutuan dan Badan Berkanun terutama Universiti Awam (UA).

Pihak KPPTM juga ingin mendapatkan sokongan daripada pihak KPA dan UPSI bagi menjadikan UPSI ini sebagai Pusat Latihan bidang Kepakaran ICT bagi Zon Tengah. Dengan fasiliti dan kemudahan yang tersedia di UPSI ini disamping dengan beberapa Kepakaran yang sedia ada dapat menjadikan UPSI ini sebagai Pusat Latihan yang bersesuaian dengan keperluan semasa.

Pihak KPA juga memberi maklumbalas yang positif hasil perbincangan bersama dan berharap objektif pertemuan ini dapat dilaksanakan mengikut perancangan yang telah digariskan melalui beberapa siri pertemuan dengan pihak berkepentingan diantara kedua-dua belah pihak. KPPTM diwakili oleh Naib Presiden En. Che Afzainizam, PSU Pn. Nor Izwani, Exco Media Pn. Nadatul Nadwa dan AJK Negeri Perak En. Mohd Fitri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *