Bandar Enstek, Negeri Sembilan – telah berlangsung satu “Bengkel Penentuan Tapisan Keselamatam Halus” pada 15 hingga 16 Februari 2024 bertempat di Institut Latihan Keselamatan Perlindungan Malaysia, Bandar Baru enstek, Negeri Sembilan anjuran Bahagian Keselamatan Personal, Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO), Jabatan Perdana Menteri.
Bengkel ini diadakan bertujuan bagi mengenalpasti Jabatan, Agensi, Pentadbiran Kerajaan Negeri dan Kementerian serta pihak-pihak yang berkepentingan kepada Kerajaan berkaitan dengan “Pengurusan Rahsia Rasmi Kerajaan Malaysia” khususnya. Taklimat mengenai Keselamatan Peribadi turut diberikan kepada semua peserta dalam memastikan Pengurusan dan Kawalan Rahsia Rasmi Kerajaan sentiasa terpelihara. Sebanyak 13 Agensi yang terlibat sepanjang bengkel ini berlangsung.