KUNJUNGAN KPPTM KE MICROSOFT MALAYSIA

Brickfields, Kuala Lumpur – Kesatuan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Dalam Perkhidmatan Sektor Awam Semenanjung Malaysia (KPPTM) telah mengadakan satu kunjungan khas kepada pihak Microsoft Malaysia pada 22 Februari 2024 yang lepas. Tujuan kunjungan ini adalah bagi menjalinkan kerjasama yang erat diantara KPPTM dengan Microsoft Malaysia.

Kunjungan ini juga secara tidak langsung memperkenalkan KPPTM kepada Microsoft Malaysia dari segi visi, misi dan fungsi KPPTM itu sendiri yang menguruskan Skim Perkhidmatan Teknologi Maklumat khususnya Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (PPTM). KPPTM diwakili oleh MJK dan AJK negeri yang terdiri daripada Presiden, Naib Presiden, Setiausaha, Bendahari, PSU, Exco Media, Exco Kebajikan, AJK Negeri Perak dan AJK Negeri Johor. Pihak Microsoft turut mengadakan taklimat mengenai “Microsoft Cloud Tech Update” berkaitan dengan teknologi Cloud Computing dan AI.

Pihak Microsoft Malaysia berharapkan lebih banyak kerjasama dan penglibatan dengan pihak KPPTM pada masa akan datang agar Kesatuan ini dapat meneruskan perjalanan pembelajaran ICT berkaitan dengan Microsoft.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *