WISMA CUEPACS – 23 Januari 2024 telah berlangsung satu Mesyuarat Jawatankuasa Gred Sistem Maklumat Bil.3 (Sesi 2022-2025) bertempat di Ibu Pejabat CUEPACS. Mesyuarat ini dihadiri oleh beberapa pewakilan daripada Kesatuan Gabungan CUEPACS antaranya Universiti Awam (UA), MARA, RISDA dan KPPTM.
KPPTM diwakili oleh Presiden En. Nik Yusmadi dan Exco Media Pn. Nadatul Nadwa. Mesyuarat kali ini bertujuan untuk menambahbaik “Resolusi Gred Sistem Maklumat” yang lepas untuk diperhalusi sebelum diserahkan kepada KPPA. Sebanyak 28 isu yang telah digariskan dalam “Resolusi Gred Sistem Maklumat” tersebut untuk diberi perhatian oleh Pihak Kerajaan bagi menambahbaik baik mutu perkhidmatan Gred Sistem Maklumat dalam Perkhidmatan Awam.