5 Februari 2024 – telah berlangsung satu mesyuarat berkaitan dengan program “Town Hall Ketua Pengarah, Jabatan Digital negara bersama Skim F” secara atas talian. Mesyuarat ini melibat semua Majlis Tertinggi JDN, PERJASA, KPPTM dan CTSU. Tujuan mesyuarat ini adalah untuk membincangkan semua persediaan berkaitan program tersebut melibatkan semua aspek teknikal, logistik dan hal-hal yang berkaitan. Program Town Hall Ketua Pegarah ini akan dilaksanakan pada 7 Februari 2024 bertempat di Dewan Damar Sari 3, Kompleks F Putrajaya secara bersemuka dan online.