Kompleks F, Putrajaya – pada 6 Februari 2024 telah berlangsung raptai program “Town Hall Ketua Pegarah JDN bersama Skim F” bertempat di Dewan Damar Sari 3, Aras 3 Blok F8, Kompleks F Putrajaya. Sesi raptai ini merupakan persediaan terakhir dilakukan meliputi semua aspek teknikal dan logistik sebelum program berlangsung. KPPTM telah diberi kepercayaan untuk bertindak sebagai URUSETIA bersama dengan Jabatan Digital Negara (JDN) disamping dengan PERJASA dan CTSU serta Unit Multimedia Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
KPPTM diwakili oleh Presiden En. Nik Yusmadi, Naib Presiden En. Che Afzainizam, PSU Pn. Nor Izwani, Exco Media Pn. Nadatul Nadwa dan AJK Negeri En. Mohd Fitri bagi memastikan proram ini berlangsung dengan jayanya.