JPA, PUTRAJAYA – Pada 23 Januari 2024 telah berlangsung satu siri libat urus Kajian SSPA Perwakilan CUEPACS bersama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) bertempat di Bilik Gerakan Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Perwakilan CUEPACS terdiri daripada 15 orang wakil daripada Kesatuan Gabungan CUEPACS Gred Sistem Maklumat.
KPPTM diwakili oleh Presiden En. Nik Yusmadi bin Nik Yusoff bagi menghadiri siri libat urus kajian SSPA ini. Pada pertemuan ini juga Perwakilan CUEPACS menyerahkan buku “Resolusi Gred Sistem Maklumat” kepada KPPA bagi menambahbaik perkhidmatan Gred Sistem Maklumat. Sebanyak 28 isu yang digariskan untuk dimasukan kedalam kajian SSPA ini suapaya memberi manfaat kepada Skim Perkhidmatan Teknologi Maklumat.