TAKLIMAT PROGRAM HAL EHWAL KESATUAN SEKERJA (PHEKS) TAHUN 2024

SHAH ALAM – 1 Februari 2024 telah berlangsung satu taklimat berkaitan dengan Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) Tahun 2024 bertempat di Dewan Konvensyen MBSA, Shah Alam. Taklimat ini dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Program ini melibatkan seramai 200 orang peserta yang mewakili pelbagai Kesatuan yang berdaftar di bawah JHEKS Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. KPPTM diwakili oleh Bendahari Tuan Haji Mohd Azamuddin bin Mat Yaman. Objektif utama taklimat ini adalah berkaitan dengan pelbagai geran peruntukan yang disediakan oleh JHEKS Selangor dan Wilayah Persekutuan bagi membantu Kesatuan merangka semua aktiviti yang berkaitan bagi Tahun 2024. Taklimat ini dirasmikan oleh Ybrs. Tuan Haji Mohd Asri bin Abd Wahab, Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *