Klana Resort, Seremban – Pada 7 hingga 9 Mac 2024 yang lalu telah berlangsung Seminar Wanita sempena Sambutan Hari Wanita Sedunia bagi Tahun 2024 anjuran Jawatankuasa Wanita CUEPACS dengan tema “Wanita Dijulang Negara Gemilang”. Seramai 300 orang peserta wanita yang hadir dari pelbagai Kesatuan Gabungan CUEPACS pada program kali ini.
Perasmian Sambutan Hari Wanita Sedunia CUEPACS 2024 ini dirasmikan oleh YBhg. Datin Seri Hajah Wan HAsni binti Wan Yusof, iaitu isteri YAB Dato’ Seri Utama Menteri Besar Negeri Sembilan. KPPTM diwakili oleh Penolong Setiausaha Puan Nor Izwani binti Damanhuri dan Exco Media Puan Nadatul Nadwa binti Shuib.