11 Mac 2024 – telah berlangsung satu sesi perbincangan diantara MJK dan AJK KPPTM dengan Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) Sumber Manusia Jabatan Digital Negara (JDN). Sesi perbincangan ini diadakan secara atas talian mengunakan “Google Meet”. Bahagian Khidmat Pengurusan diwakili oleh En. Ahmad Jaffri bin Ahmad (Pengarah, Bahagian Khidmat Pengurusan), Puan Ernawati binti Amran (Ketua Penolong Pengarah, unit Sumber Manusia 2 & Seksyen Sumber Manusia), En. Muhammad Syafiq bin Othman (Penolong Pengarah, unit Sumber Manusia 2 & Seksyen Sumber Manusia) dan pegawai-pegawai yang terlibat dengan urusan penempatan dan pertukaran Gred Sistem Maklumat.
KPPTM diwakili oleh semua Majlis Jawatankuasa Kerja (MJK) dan Ahli Jawatankuasa Negeri (AJK) bagi membincangan beberapa isu yang berkaitan dengan :
- Perjawatan PPTM
- Pergerakan dan Pertukaran PPTM
- Status berkaitan dengan PPTM FA29 (KUP)
- Hal-hal Lain
Hasil daripada sesi perbincangan ini, pihak yang berkaitan akan mengambil tindakan yang sewajarnya di atas beberapa isu yang dibangkitkan. Pihak KPPTM juga akan mengadakan beberapa pertemuan lagi dengan pihak yang terlibat bagi menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan pada pertemuan kali ini.