24 April 2024 – telah berlangsung satu kunjungan Majlis Jawatankuasa Kerja (MJK) Kesatuan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Dalam Perkhidmatan Awam Semenanjung Malaysia (KPPTM) keatas Sektor Pengurusan Maklumat (SPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan. KPPTM diwakili oleh Naib Presiden En. Che Afzainizam bin Abdul Rosol, Penolong Bendahari En. Mohammad Fadhli bin Alwi, Exco Kolaborasi En. Muhammad Yahya bin Makhtar dan Exco Kompetensi En. Muhd Shanni bin Idris bagi pihak JPN Kelantan diwakili oleh Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Perancangan & Pengurusan PPD, Ketua Penolong Pegarah, Sektor Pengurusan Maklumat En. Mohd Zahari bin Ab. Razak, Penolong Pengarah Unit Pengurusan, Sektor Pengurusan Maklumat Puan Siti Sarwani binti Mohamad Salleh, PTM Kanan, Unit Aplikasi Sektor Pengurusan Maklumat Puan Hamidah binti Yazit, PPTM Tinggi, Unit Aplikasi Sektor Pengurusan Maklumat En. Mohamad Nazri bin Ismail@Nawi serta pegawai-pegawai dari Unit Perkhidmatan dan Perjawatan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.
Tujuan kunjungan ini adalah bagi membincangan perkara-perkara berikut :
i) Pemusatan ICT
ii) Tadbir Urus dan Pengurusan Organisasi
iii) Perjawatan
iv) Kompetensi PPTM
v) Majlis Bersama Jabatan (MBJ)
Pada pertemuan ini juga pihak KPPTM ingin menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, khususnya melalui Sektor Pengurusan Maklumat melibatkan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (PPTM) yang berada di bawah Pemusatan ICT melibatkan soal kebajikan dan keperluan semasa PPTM. Pertemuan dua hala ini banyak memberi kebaikan kepada kedua-dua pihak disamping mengeratkan perhubungan diantara pihak Kesatuan dan JPN Kelantan.
Pihak KPPTM juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih diatas kesudian pihak JPN Kelantan untuk menerima kunjungan dari MJK KPPTM dan ini merupakan jalinan perhubungan yang pertama kali melibatkan Jabatan Pendidikan Negeri dan Kesatuan. Semoga JPN Kelantan menjadi nadi penggerak kepada JPN negeri yang lain untuk menjalinkan kerjasama dengan KPPTM. Pihak KPPTM juga akan sentiasa memainkan peranan sebagai pengimbang dan semak bagi memastikan Pemusatan ICT dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dijalankan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.