LAWATAN KERJA KPPTM KE MAJLIS SUKAN NEGARA (MSN) BAGI KERJA-KERJA BERKAITAN DENGAN TEKNIKAL ICT MELIBATKAN PENGANJURAN SUKAN DI MALAYSIA

Nilai – 3 mei 2024 telah berlangsung satu lawatan kerja melibatkan Majlis Jawatankuasa Kerja (MJK) dan Ahli Jawatankuasa Negeri (AJK) Kesatuan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Dalam Sektor Awam Semenanjung Malaysia (KPPTM) ke Majlis Sukan Negara bertempat di Velodrom Nasional Malaysia, Nilai. Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat pelaksanaan kerja-kerja teknikal melibatkan bidang tugas ICT dibawah penganjuran sukan dibawah kelolaan Majlis Sukan Negara (MSN) dan peranan Pegawai CPM.

Pada lawatan kali ini pihak MJK dan AJK KPPTM telah didedahkan dengan sistem yang digunakan dalam penganjuran sukan melibatkan Majlis Sukan Negara iaitu Sistem iGames yang dibangunkan oleh MSN pada tahun 2014 bersama dengan pihak UPM. Pihak KPPTM juga didedahkan dengan kerja-kerja teknikal bagi penganjuran sukan berbasikal secara live sempena dengan penganjuran Kejohanan Berbasikal Trek Asia (Asian Track Series) di Velodrom Nasional Malaysia bermula pada 3 hingga 5 Mei 2024.

Penganjuran sukan acara berbasikal ini melibatkan kerja-kerja teknikal ICT yang begitu mencabar dan melibatkan banyak pengunaan peralatan-peratatan elektronik bagi sistem timing dan scoring. Pada lawatan ini juga pihak KPPTM ingin menjalinkan kerjasama dua hala dengan Majlis Sukan Negara (MSN) dalam bidang berkaitan teknikal ICT dan pertukaran sumber manusia melibatkan PPTM bagi memberi bantuan sokongan teknikal  kepada pasukan ICT MSN itu sendiri dalam setiap penganjuran sukan yang dikendalikan oleh pihak MSN.   Pihak MSN juga telah memberikan maklum balas yang positif diatas hasrat yg telah dibawa oleh KPPTM pada pertemuan kali ini.

Pihak KPPTM juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak MSN terutama kepada Ketua Cawangan teknologi maklumat dan pengurusan MSN kerana sudi menerima lawatan daripada pihak MJK dan AJK KPPTM. Pada Lawatan kali ini, pihak KPPTM diketuai oleh En. Che Afzainizam bin Abdul Rosol (Naib Presiden KPPTM), Pn. Nadatul Nadwa binti Shuib (Exco Media) dan En. Mohd Noor Fitri bin Zamri (AJK Negeri Perak- Kedah) manakala pihak MSN diketuai oleh En. Mohamad Zamri Napiah (Ketua Cawangan Teknologi Maklumat), En. Mohd Faisal Embong (Ketua Unit Aplikasi Dan Laman Web), Pn. Nadia binti Azizan (PTM) dan Cik Amanda Hawa bintu Yassin (PPTM)

Tujuan lawatan ini juga untuk melihat peluang dan ruang yang dapat diberikan kepada PPTM diseluruh negara untuk terlibat dengan kerja-kerja teknikal ICT dibawah penganjuran sukan kelolaan pihak Majlis Sukan Negara disamping dapat meluaskan lagi skop tugas dalam bidang teknikal ICT yang dapat disumbangkan oleh PPTM dalam Pembangunan Sukan Negara di Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *