PERSIDANGAN DIGITAL NEGARA 2024

PUTRAJAYA – 13 Mei 2024 telah berlangsung satu Persidangan Digital Negara 2024 anjuran Kesatuan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Dalam Perkhidmatan Awam Semenanjung Malaysia (KPPTM) dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Majlis Perwakilan Penduduk (MPPWP SUB ZON 4) Putrajaya 2023-2024 . Persidangan ini berlangsung di Dewan Seroja, Jalan Diplomatik 2/2, Diplomatik Presint, Putrajaya bertemakan “Kecerdasan Buatan” atau dikenali sebagai Artificial Intelligence (AI).

Persidangan ini juga dihadiri oleh YBrs. Ts. Dr. Fazidah binti Abu Bakar, Ketua Pengarah (KP), Jabatan Digital Negara (JDN) dan seterusnya merasmikan Persidang pada kali ini. Pada persidangn ini juga beberapa pihak Syarikat yang berkaitan dengan ICT hadir untuk memberi perkongsian mengenai produk-produk mereka yang berkaitan dengan AI. Diantara syarikat yang terlibat pada persidangan kali ini adalah Juniper Network, Xfusion Technology dan Microsoft (M).

Persidang kali ini juga dihadiri seramai 180 orang peserta yang terlibat terdiri daripada Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (PPTM). Pihak Majlis Jawatankuasa Kerja (MJK) mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan kepimpinan MJK sesi 2023-2025 dan juga kepada AJK Persidangan Digital Negara 2024 telah berusaha memastikan perisidangan ini berjalan dengan lancar walaupun menghadapi cabaran dan rintangan dalam melaksananakan program ini. Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih diucapkan kepada para peserta yang sudi hadir pada program kali ini walaupun jauh dan semoga kita berjumpa lagi di Persidangan Digital Negara 2.0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *