SUNGAI PETANI 28 Mei – Jabatan Digital Negara (JDN) melalui Pasukan Pembangunan Kompetensi ICT, Bahagian Pembangunan Strategik dan Arkitektur Digital (BSA) dengan kerjasama Institut Tadbiran Awam Negara Kampus Wilayah Utara (INTURA) dan Kesatuan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (KPPTM) serta Kesatuan Perkhidmatan Juruteknik Komputer (CTSU) telah mengadakan Kursus Pengukuhan Pasukan Perkhidmatan Sistem Maklumat Sektor Awam pada 28 hingga 30 Mei 2024 bertempat di INTURA. Kursus ini juga merupakan kursus yang pertama kali diadakan untuk peserta dibawah Skim Perkhidmatan Sistem Maklumat (Skim F).
Seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada Penolong Pengawai Teknologi Maklumat (PPTM) seramai 27 oarang pegawai dan Juruteknik Komputer (JTK) seramai 13 orang pegawai dari pelbagai agensi telah menghadiri kursus tersebut dibawah kelolaan Unit Pengukuhan Pasukan INTURA yang diketuai oleh En. Ramzi Akmal bin Hassan dan dibantu oleh En. Abdul Ghaffar bin Abd Ghani serta barisan-barisan fasilitator INTURA. Para peserta kursus didedahkan dengan pelbagai aktiviti-aktiviti antaranya Ekprorasi Diri dan Kumpulan, Incube, Sinergi Kumpulan, The Battle dan Refleksi pada akhir kursus tersebut. Seramai 4 orang wakil daripada MJK KPPTM telah dilantik sebagai Urusetia dan peserta bagi menguruskan hal-hal berkaitan dengan penginapan, makanan, aktiviti dan kebajikan peserta sepanjang berlangsung kursus tersebut.
Upacara perasmian penutup disempurnakan oleh En. Abdul Ghaffar bin Abd. Ghani yang mewakili Perunding Latihan Kanan, Unit Pasukan Pengukuhan INTURA En. Ramzi Akmal bin Hassan. Pada Majlis penutup itu juga dimeriahkan dengan ucapan daripada wakil peserta lelaki En. Mohammad Redzuan bin Haji Abdul Ghafar dan wakil peserta wanita Puan Siti Suraya binti Mohd Azhar. Ucapan majlis penutup daripada KPPTM diwakili oleh Naib Presiden, Che Afzainizam bin Abdul Rosol. Bagi pihak MJK tertinggi KPPTM dan juga CTSU berharap kursus ini dapat diteruskan bagi siri-siri yang akan datang bagi memupuk nilai-nilai murni bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan pegawai-pegawai daripada Skim Perkhidmatan Sistem Maklumat terutama kepada PPTM dan JTK diseluruh negara.
Urusetia Kursus Pengukuhan Pasukan Perkhidmatan Sistem Maklumat Sektor Awam siri 1/2024 daripada KPPTM
Barisan Fasilitator yang diketuai oleh Perunding Latihan Kanan, Unit Pengukuhan Pasukan INTURA En. Ramzi Akmal bin Hassan (dari kiri)