• Tempoh KUP dipendekkan mengikut gred jawatan berdasarkan pengalaman:
    • FA29 – FA32 = 10 tahun
    • FA32 – FA38 = 8 tahun
    • FA38 – FA40 = 6 tahun
  • Asas dikurangkan adalah disebabkan keseluruhan tempoh TBK1 dan TBK2 adalah 26 tahun, satu jangkamasa yang amat panjang dalam perkhidmatan utk kenaikan pangkat, juga menghampiri tempoh persaraan.
  • PP.1/2016 mewujudkan 4 lapisan gred jawatan manakala PP.10/2017 hanya menyediakan 2 TBK (29 kpd 32, 32 kpd 38), tiada TBK3 utk gred 38 kpd 40.
  • Pelarasan antara kedua-dua pekeliling adalah wajar utk dipertimbangkan sebab melibatkan laluan kenaikan pangkat.
  • Menjadikan Skim Perkhidmatan Teknologi Maklumat sebagai Skim Perkhidmatan Bersepadu atas dasar kesamaan kemahiran dan kesenimbungan tugas antara JTK, PPTM dan PTM mengikut bidang-bidang kemahiran.
  • Skim bersepadu merupakan satu laluan bertapis kpd Kumpulan Pelaksana untuk meneruskan laluan kerjaya di Peringkat Pengurusan
  • Ianya memerlukan kelayakan dan kemahiran dan wajar dilaksanakn kpd skim2 di mana tugasan pelaksana boleh di teruskan sehingga peringkat pengurusan mengikut bidang kemahiran dgn menambah skil pengurusan, pentadbiran dan komunikasi selain daripada skil teknikal sediada.
  • Softskill harus diterapkan disemua peringkat penjawat awam agar dpt membina jatidiri syumul dalam pelaksanaan tugas dan penyampaian maklumat.
  • PP. 15/2006 telah memansuhkan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) PPTM melalui Diploma Pengurusan Maklumat dari INTAN.
  • Laluan dan kemajuan kerjaya yang lebih kompetitif dan komprehensif mencakupi laluan kemahiran, SME, pensijilan termasuk pengiktirafan oleh MBOT harus disediakan.
  • Mempercepatkan kesediaan laluan kompetensi PPTM agar kepakaran dan kemahiran pada PPTM sediada dapat diletakkan pada penempatan yang betul apabila berlaku pertukaran.
  • Penyediaan kursus, bengkel dan latihan peningkatan kemahiran untuk semua peringkat PPTM.
  • Perlu disediakan latihan peningkatan kemahiran (upskill) dan latihan membentuk semula kemahiran (reskill) bagi memantapkan dan menyesuaikan dengan keperluan semasa dan teknologi terkini.
  • Kaedah kenaikan pangkat yang mudah kepada PPTM yang berkelayakan Degree/Master/PhD - PSEE dikecualikan
  • Keutamaan ke jawatan P&P bagi PPTM yang memiliki Degree/Master/PhD serta berkaliber.
  • Menyediakan kuota berasingan kepada PPTM dalam perkhidmatan untuk dilantik ke F41
  • Mewujudkan Gred F42 untuk PPTM dalam perkhidmatan yang dilantik ke Kumpulan Pengurusan.
  • Majoriti PPTM KUP 29 yang ditempatkan disekolah masih melaksanakan tugas-tugas di luar skop seorang PPTM seperti menjadi pemandu, menjadi tukang kebun, tukang cat, cikgu ganti dan urusan pentadbiran pejabat.
  • Tiada penyelia di kalangan Skim F untuk mengawalselia dan memahami skop tugas bidang ICT.
  • Menyediakan Job Desription yang jelas kepada semua personel ICT dan juga untuk edaran kepada penyelia2 sebagai panduan kepada PPTM dalam pelaksanaan tugas yang sepatutnya.
  • Gred 40 untuk Kumpulan Pelaksana direalisasikan untuk semua skim perkhidmatan berdasarkan punca kuasa PP.1/2016 agar persaraan berada di satu tahap lebih tinggi dengan take home pay yang lebih selesa.
  • Gred 40 merupakan gred kenaikan pangkat bagi Gred 38/36 mengikut Skim Perkhidmatan.
  • Cadangan diwujudkan Gred FA38/40 di setiap kementerian.
  • Mewujudkan Gred Baru 42 di Peringkat Pengurusan untuk semua skim perkhidmatan yang dikhususkan untuk kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana dalam perkhidmatan yang mempunyai kelayakan Degree/Master/PhD sebagai tanda penghargaan ketaatan kepada perkhidmatan awam mengambil kira pengalaman, kemahiran dan pengetahuan sedia ada.
  • Kajian perjawatan untuk semua post pelaksana PPTM dibuat dengan penambahan flexi post 29/32, 32/38, 38/40 agar dapat memberi lebih ruang kenaikan pangkat dan laluan kerjaya serta dapat mengekalkan kemahiran di penempatan yang sama.
  • Kaedah ini juga dapat mewujudkn post2 yang tidak dapat diwujudkn spt Gred 40 agar dapat meminimakn implikasi kewangan.
  • Perjawatan FA29 hakiki juga harus dipertimbangkan untuk PPTM KUP 29 yang ditukar lantik daripada jawatan JTK di mana kebanyakan PPTM KUP 29 diletakkan di perjawatan FT19 di sekolah-sekolah dan masih melaksanakan tugas-tugas asal.
  • Keutamaan pengambilan ke jawatan F41 diberikan kepada pemegang Degree/Master/PhD di kalangan PPTM dalam perkhidmatan dan dikecualikan daripada PSEE, dipermudahkan kaedah pengambilan serta dinaikkan kuota pengambilan.
  • Mengesyorkan pelarasan PP.1/2016 dan PP.2/2021 dilaksanakan oleh JPA ke atas semua skim perkhidmatan bagi memastikan pengwujudan jawatan-jawatan baru dalam PP.1/2016 dan PP.2/2021 dipatuhi oleh semua Ketua Perkhidmatan.
  • Pengekalan seorang PPTM di sesuatu tempat atau negeri terlalu lama sehingga menyekat peluang mereka yang lain untuk berkhidmat di negeri masing- masing.
    Tempoh penempatan di negeri-negeri perlu di kaji semula bagi memberi peluang yang adil kepada mereka-mereka yang mohon bertukar balik negeri juga dapat merasa berkhidmat di negeri masing-masing.
  • Perkhidmatan Teknologi Maklumat amat digalakkan untuk menggunakan kaedah FWA kerana personel ICT bekerja dengan fasiliti internet, komputer dan handphone.
  • Bekerja secara bebas di mana-mana lokasi mengikut kepesatan perkembangan teknologi terkini.
  • Tempoh masa berkhidmat juga dapat diubahsuai mengikut tugasan yang dilaksanakan.
  • urat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2007 pada perenggan 6 hanya mengiktiraf lima (5) skim perkhidmatan dan tidak kepada Skim F.
  • Elaun Kecederaan disediakan untuk kecedaraan yang tidak dijangka dalam melaksanakan tugas seperti mengangkat dan membaiki komputer dan mengurus pengkabelan.
  • Terdedah dengan risiko kesihatan serta keselamatan seperti radiasi pada mata semasa menghadap komputer/server selama berjam-jam lamanya, bahaya elektrikal semasa menghadapi isu server dalam pusat data dan penyakit sendi/saraf akibat terlalu lama duduk.
  • Tukar ganti (trade off) perjawatan PPTM FA38 yang berlaku di setiap Jabatan Pendidikan Negeri KPM telah menganiaya seramai 14 orang PPTM FA38 sediada yang telah lama menyumbang bakti kepada KPM.
  • Proses tukar ganti ini juga merupakan satu bentuk penganiayaan dan pengabaian terhadap kebajikan PPTM FA38 yang telah lama berkhidmat di KPM.
  • Perjawatan FA38 sediaada telah diupgrade kepada perjawatan kategori Pengurusan dan Pentadbiran (P&P).
  • PPTM FA38 kini diletakkan secara sementara di waran Gred 41.
  • Perjawatan kumpulan Pengurusan dan Profesional tidak boleh diisi secara mudah oleh PPTM FA38 tanpa mempunyai kelayakan Ijazah.
  • Sekiranya PPTM FA38 tersebut mempunyai kelayakan Ijazah, mereka terlebih dahulu harus melalui tapisan dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dengan melalui ujian kelayakan dan temuduga.
  • Perjawatan FA38 di sebelas (14) Jabatan Pendidikan Negeri yang telah ditukar ganti (trade off) kepada perjawatan kumpulan Pengurusan dan Profesional telah mengakibatkan ketiadaan penempatan tetap di KPM dan MAMPU serta menyempitkan laluan kerjaya Skim PPTM.
  • Pekeliling Perkhidmatan 1/2016 menggariskan perjawatan FA38 adalah gred kenaikan pangkat kepada PPTM FA32 dan gred FA40 adalah gred kenaikan pangkat untuk FA38.

Dimanakah kebajikan bagi PPTM FA38?
Mengapakah penganiayaan begini berlaku kepada Gred FA38 yang sedang dan sedia berkhidmat?
Penstrukturan dan pemusatan KPM telah memberi impak terhadap perjawatan, penempatan dan fungsi tugas semua PPTM. Proses tukar lantik Juruteknik Komputer (FT) kepada PPTM mulai Julai 2016 telah merubah struktur perjawatan PPTM dan seharusnya turut merubah fungsi tugas yang dijalankan oleh PPTM 29 KUP di mana sahaja mereka ditempatkan.
  • Kebanyakan PPTM 29 KUP yang masih ditempatkan di sekolah-sekolah masih menduduki perjawatan asal iaitu perjawatan FT17/FT19.
  • Fungsi tugas yang dijalankan juga masih di tahap yang lama yang tidak setimpal dengan jawatan yang dipegang.
  • Secara tidak langsung, ini turut memberi imej yang buruk kepada Skim Perkhidmatan PPTM sediada kerana kompetensi sebagai seorang PPTM tidak dapat dipraktikkan.
  • Pihak BPTM KPM harus menggariskan dengan jelas bidang tugas seorang PPTM berbanding dengan seorang JTK.
  • Pihak BPTM KPM harus mengadakan kawal selia secara berkala bagi memastikan pelaksanaan tugas adalah teratur dan mengikut SOP perjawatan.
  1. Laluan dan Kemajuan Kerjaya yang lebih kompetitif seiring dengan era Digitalisasi.
  2. Bengkel ICT Awareness & Readiness Programme (ICTARP) untuk PPTM Lantikan Baharu.
  3. Bengkel ICT Refresher Course (ICTRCP) untuk PPTM Dalam Perkhidmatan (sediaada).
  4. Program ICTUpSkill dan ICTReSkill kepada semua peringkat PPTM bagi menghadapi era Digitalisasi.
  5. Urusan pertukaran PPTM mengikut keutamaan yang digariskan tanpa mengabaikan kebajikan pekerja.
  1. Pelaksanaan PP. 1/2016 diselaras oleh JPA kepada semua skim perkhidmatan tanpa menunggu permohonan dari mana-mana skim.
  2. Pengwujudan Gred FA40 secara hakiki / flexi / KUP.
  3. Penambahan perjawatan flexi bagi PPTM (FA29/FA32, FA32/FA38, FA38/FA40).
  4. Pemendekkan tempoh TBK1 dan TBK2 kepada 10 dan 8 tahun dan mewujudkan TBK3 bagi peluang kenaikan pangkat Gred 38 kepada Gred 40 (sekiranya diujudkan).
  5. Pengiktirafan MBOT dari segi penyediaan dana dan kuota tahunan untuk PPTM selaras dengan kehendak industri.
  1. Kaedah Kenaikan Pangkat Yang Dipermudahkan untuk PPTM Pemegang Degree/Master/PhD – keutamaan pengambilan PTM, kuota pengambilan oleh SPA, Skim Bersepadu (Gred F42).
  2. Hadiah Latihan Persekutuan ditawarkan juga kepada Kumpulan Pelaksana untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana dan Kedoktoran dan bukan sekadar Ijazah Sarjana Muda.
  3. Flexible Working Arrangement yang telah dilaksanakan ketika ini dalam Perkhidmatan Awam.
  4. Perwakilan PPTM dalam Urus Tadbir Skim PPTM di MAMPU sebagai pemerhati, tidak sebagai pemberi maklum balas agar tiada timbul keciciran atau penganiayaan dalam urusan pelaksanaan perkhidmatan PPTM.
  5. Penyerapan PPTM ke dalam Skim Perkhidmatan Lain (sekiranya berkehendak) seperti Skim Pentadbiran (Skim N) secara proportionate kiraan kekananan.
  6. Pengambilahan semula perkhidmatan Skim F oleh JPA sekiranya terdapat banyak kekangan mengurus Skim F oleh MAMPU.
  1. Penugasan, penempatan dan penyeliaan PPTM khusus kepada yang berkhidmat di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
  2. Elaun Perkhidmatan Kritikal – kajian semula PP. 17/2007.
  3. Gabungan Skim Teknologi Maklumat.
  4. Keanggotaan PPTM dalam Kesatuan PPTM secara automatik semasa lantikan.
  • Penglibatan KPPTM dalam urus tadbir perkhidmatan iaitu pertukaran, kenaikan pangkat, pembangunan dan kemajuan kerjaya serta kebajikan PPTM.
  • KPPTM membuat pengesyoran dan perbincangan untuk mengadakan Kursus ICT Awareness & Readiness Program (ICTARP), ICT Refresher Course Program (ICTRCP), ICTUpSkill dan ICTReSkill Program untuk semua lapisan gred PPTM bagi memajukan dan menaiktaraf skil kemahiran sediada. Kursus ICT adalah trademark untuk KPPTM Bersama MAMPU .. syabas KPPTM !!
  • Kursus ICTARP, ICTRCP, ICTUpSkill dan ICTReSkill diadakan bertujuan untuk:
    1. Menjadi satu platform pertemuan semua PPTM bagi menyuarakan pendapat dan pandangan yang bernas demi kepentingan dan kebaikan Skim PPTM;
    2. Membantu membina rangkaian kerja dan komunikasi di kalangan PPTM untuk saling bertukar-tukar idea dan pengalaman demi memberi perkhidmatan yang lebih baik dan penuh dedikasi;
    3. Memberi pendedahan mengenai hala tuju bidang ICT di masa akan datang dalam menghadapi era teknologi;
    4. Memupuk pembangunan diri menerusi pembelajaran berterusan dalam memastikan kualiti kerja sentiasa berada di tahap terbaik dan boleh bertindak bersesuaian dalam pelbagai situasi kerja;
    5. Menjana pemantapan kendiri PPTM yang lebih berdaya saing, kompeten, inovatif dan kreatif melalui percambahan idea untuk pembangunan jatidiri dan organisasi yang cemerlang;
    6. Menyemai semangat bekerjasama di kalangan PPTM demi mewujudkan suasana kerja yang harmoni dalam menghadapi cabaran dunia teknologi;
    7. Memberi kesedaran kesihatan bagi melahirkan PPTM yang sihat dan cergas fizikal dan mental dalam berhadapan dengan tugas seharian; dan
    8. Mewujudkan platform secara tahunan untuk pertemuan PPTM satu Malaysia yang boleh memotivasikan dan memenuhi keperluan pembangunan diri PPTM.
  • KPPTM turut terlibat dengan perbincangan dan penetapan Bidang Kemahiran dan Huraian Kerja bagi Skim PPTM. Terdapat sebanyak 6 bidang kemahiran untuk diceburi oleh PPTM iaitu Pembangunan Sistem, Pangkalan Data, Pengurusan Rangkaian, Pengurusan Keselamatan, Pengurusan Pusat Data dan Pengurusan Data
  • KPPTM juga telah mencadangkan kepada MAMPU untuk diadakan satu Hari ICT Negara atau Hari Digital Negara bagi meningkatkan kesedaran Perkhidmatan Awam kepada kepentingan sumbangan ICT ke arah Pendigitalan Negara dan juga bagi menaikkan martabat Skim Teknologi Maklumat.
  • KPPTM turut mengesyorkan kepada MAMPU untuk mengambil PPTM yang berkelayakan dan berkeyakinan untuk dijadikan tenaga pengajar kepada PPTM lain dalam program-program peningkatan kemahiran diri PPTM. Mereka yang telah disyorkan dan telah menjadi tenaga pengajar adalah:
    1. Mohamad Zaki Bin Mustafa dari SUK Negeri Sembilan
    2. Ahmad Zulhilmi Bin Abd Rahman dari KPKT
  • Sepanjang penubuhan, KPPTM telah mengemukakan sebanyak 19 tuntutan yang dikumpulkan dari suara PPTM baik anggota atau tidak dari semua peringkat gred dan di bawa ke perbincangan dan perhatian MAMPU.
    • Serahan Cadangan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam Malaysia khususnya bagi Gred PPTM.
    • Semakan pelarasan gaji Skim F mengikut PP.2/2021.
Perkara perbincangan di antara KPPTM dan KPM:
  1. Program Pemusatan Perkhidmatan Sokongan Teknikal ICT di PPD dan JPN akan dijalankan secara national roll out dan tidak lagi secara rintis.
  2. Waran peruntukan penstrukturan baru telah diturunkan kepada JPN.
  3. Program CERDIK di JPN merupakan program pemusatan secara tidak langsung.
  4. Masalah akibat dari penstrukturan semula JPN di mana perjawatan FA38 di negeri-negeri telah di trade off kepada perjawatan Kumpulan Pengurusan.
  5. Kedudukan kebajikan PPTM apabila penempatan semula PPTM di bawah Program Pemusatan Perkhidmatan Sokongan Teknikal ICT di PPD dan JPN dilaksanakan.
  6. Perjawatan PPTM KUP 29 yang disandarkan di atas perjawatan JTK FT17/FT19 sejak ditukar lantik.
  7. Pengisian jawatan-jawatan PPTM yang masih tidak diisi di PPD dan JPN setelah penstrukturan semula.
  • KPM bersama KPPTM telah menganjurkan empat (4) siri Kursus Pemantapan Pembangunan dan Teknikal ICT di bawah program ICTUpSkill dan ICTReSkill bersama syarikat swasta. Program yang dikhususkan kepada PPTM KUP 29 yang berkhidmat di KPM dan merupakan angota KPPTM.
  • Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta Kerajaan agar segera menunaikan lima (5) tuntutan yang belum dilaksanakan bagi menjaga kepentingan dan kebajikan Penjawat Awam kerana Penjawat Awam telah membuktikan taat setia dan bekerjasama dengan baik dan berdedikasi walaupun berlaku perubahan Kerajaan bagi memastikan kerja pentadbiran Pejabat Kerajaan berjalan seperti biasa.
    1. Kenaikan gaji berkuat kuasa 1 Julai 2018;
    2. Pemendekan kenaikan pangkat ‘time based’ kali kedua yang dikurangkan dari 13 tahun kepada 10 tahun berkuat kuasa 1 Januari 2018;
    3. Gaji tambahan kepada guru Gred DG56;
    4. Penebusan awal Gantian Cuti Rehat (GCR) sebanyak 75 hari boleh ditukar kepada wang tunai bagi yang sudah berkhidmat lebih daripada 15 tahun; dan
    5. Kadar Bantuan Sara Hidup (COLA) tambahan sebanyak RM50 sebulan bagi Kumpulan Pelaksana juga diperluas kepada Penjawat Awam Sabah dan Sarawak
    • Terlibat dalam memberi pandangan dan cadangan semasa Bengkel Penyediaan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam Malaysia.
    • Memaklumkan kepada CUEPACS hal pelarasan gaji Skim F mengikut PP.2/2021 untuk dibuat semakan bersama JPA.
    • CUEPACS merupakan satu saluran penyampaian kertas kerja Jabatan ICT Negara kepada Ketua Setiausaha Negara.
    • Bersama CUEPACS dalam apa jua tuntutan kepada Kerajaan atau Ketua Perkhidmatan bagi menambahbaik perkhidmatan dan kebajikan Penjawat Awam Malaysia selagi semua tindakan mengikut peraturan dan perlembagaan yang digariskan.
    Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) adalah platform rasmi hubungan majikan-pekerja dalam Perkhidmatan Awam yang disdeiakan oleh Kerajaan melibatkan Pegawai dan Pihak Pekerja bagi membincangkan perkara-perkara yang termasuk di dalam bidang kuasanya. Pelaksanaan MBK adalah berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2020 yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2021. Bidang dan Fungsi MBK:
    1. Memberi pendapat dan membincangkan prinsip-prinsip saraan, elaun, kemudahan dan syarat-syarat perkhidmatan bagi pekerja-pekerja Perkhidmatan Awam. Perbincangan hendaklah menyentuh perkara-perkara am dan tidak perkara-perkara yang melibatkan pekerja individu;
    2. Membolehkan Pihak Pekerja mengemukakan sebarang cadangan perubahan untuk mendapat ulasan dan pandanggan Pihak Pegawai bagi pertimbangan Kerajaan; dan
    3. Memberi cadangan mengenai inisiatif inovasi dan produktiviti dalam meningkatkan sistem penyampaian Perkhidmatan Awam.
    Penglibatan KPPTM bersama MBK dalam:
    • Penyediaan Kertas Kerja yang berhubungkait dengan Skim F iaitu Kertas Kerja Skim Bersepadu, Flexible Working Arrangement, Pemendekkan Tempoh TBK1 dan TBK2, Pengwujudan TBK3, Kajian Semula Perjawatan PPTM.
    • KPPTM juga turut terlibat dalam pembentangan kertas kerja di hadapan Pengerusi MBK dan Ketua Perkhidmatan.
    • Pengerusi MBK yang bersidang dua kali setahun adalah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam beserta Ahli-ahlinya yang terdiri daripada Ketua-ketua Perkhidmatan yang terlibat dengan kertas kerja yang diluluskan semasa PreCouncil MBK.
    KPPTM berkolaborasi dengan PERJASA dan CTSU sebagai satu gabungan di bawah Skim Teknologi Maklumat yang mempunyai matlamat dan halatuju yang sama untuk menaikkan martabat Skim F. Kolaborasi ketiga-tiganya dalam:
    • Penganjuran webinar dengan mengambil speaker di kalangan PPTM dan PTM.
    • Penyediaan dan mengangkat Kertas Kerja Jabatan ICT Negara kepada pihak yang berkaitan.
    • Menyediakan penyertaan PPTM kepada kursus-kursus pensijilan ICT.