KESEJAHTERAAN PERKHIDMATAN
Demi perkhidmatan PPTM yang lebih sejahtera dan lestari.
- Membentangkan kehendak perkhidmatan PPTM kepada Bhg Strategik MAMPU pada 22 Februari 2017.
- Menyediakan kertas-kertas Cadangan Penambahbaikan Skim Perkhidmatan PPTM kepada MAMPU, CUEPACS, MBK melalui Suara PPTM.
- Menyumbang idea dan cadangan dalam Bengkel Pemusatan Pengoperasian Perkhidmatan ICT pada awal pengambilalihan Skim Perkhidmatan F oleh MAMPU dari JPA.
PEMBANGUNAN KERJAYA
Penyediaan laluan kerjaya yang lebih komprehensif & kompetitif.
- Mengadakan kursus dan latihan yang memberi manfaat ilmu kepada anggota – Kursus Network, Laravel, Joomla, Bengkel Kepimpinan, Teambuilding dll.
- Menganjurkan Seminar Tahunan PPTM bertujuan memaklumkan perkembangan terkini dalam perkhidmatan PPTM dan menyampaikan Technology Update,, membina silaturahim dan talian perhubungan di kalangan PPTM jauh dan dekat.
- Kursus Kesedaran dan Persediaan bagi PPTM lantikan baharu dan juga untuk PPTM KUP 29 akan dikendalikan oleh MAMPU atas saranan KPPTM.
- Pembentangan Laluan Pembangunan Kompetensi (CDR) telah dibentangkan oleh MAMPU semasa Bengkel Pengukuhan Jatidiri dan Kepimpinan Personel ICT pada 25 April 2019.
PENJAGAAN KEBAJIKAN
Kebajikan insaniah yang terpelihara.
- Mengumpul masalah PPTM KUP 29 dan membawa kepada pengetahuan Bhg Khidmat Pengurusan MAMPU pada 19 Februari 2017.
- Menganjurkan perjumpaan PPTM yang berkhidmat di KPM yang terlibat dalam penstrukturan KPM
USAHASAMA & KOLABORASI
Bersama dalam gerak langkah satu Gabungan F.
- Mengadakan usahasama dgn PERJASA dan CTSU bagi menjalankan Projek Microsoft DevOps pada 29 April 2019 dan 3 Disember 2019.
- KPPTM juga berkolaborasi dgn Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) utk memudahkan pendaftaran dan pengiktirafan kpd PPTM yg berminat utk mendapatkan gelaran Ts dan Tc.
- KPPTM melalui CUEPACS juga dijadikan laluan oleh Gabungan F utk menghantar Petisyen Jabatan ICT dan Ketua Perkhidmatan ICT kepada KSN.
KERTAS KERJA KPPTM
Suara PPTM mewakili semua lapisan gred PPTM.
- Atas pengesyoran KPPTM, INTAN juga telah membuka peluang kpd PPTM utk dijadikan tenaga pengajar Joomla sebagai permulaan.
- Kajian keseluruhan perjawatan PPTM bagi pelaksanaan PP.1/2016 dan juga perjawatan PPTM KUP29.
- Penambahan perjawatan PPTM sediada bagi memberi ruang kenaikan pangkat yang lebih luas.
- Memperbanyakkan flexi post bagi kenaikan satu pangkat sahaja iaitu FA29/FA32, FA32/FA38, FA38/FA40 sebab flexi post yang dibuat dari FA29 ke FA40 akan merugikan Skim PPTM dari segi peluang kenaikan pangkat oleh PPTM lain yang layak.
- Kaedah keanikan pangkat yang mudah bagi PPTM yang berkelayakan Degree/Master/PhD mengambilkira kelayakan, pengetahuan dan pengalaman.
- Memendekkan tempoh TBK1 dan TBK2 – TBK1 dari 13 tahun kepada 10 tahun dan TBK2 dari 13 tahun kepada 8 tahun.
- Mewujudkan TBK3 bagi tempoh 6 tahun atau mengisi mana-mana kekosongan yang mana terdahulu.
- Mencadangkan Skim Perkhidmatan PPTM sebagai Skim Perkhidmatan Bersepadu dan kertas kerja ini telah dalam kajian JPA bersama-sama dengan proses penambahbaikan semua skim perkhidmatan.